TIPS MELANCONG

TIP - TIP MELANCONG KE LUAR NEGARA.

1. DOKUMEN PERJALANAN




Pastikan semua dokumen perjalanan lengkap dan telah dikemaskini 
  • Tiket Penerbangan : Pastikan detail di tiket penerbangan anda adalah betul, seperti nama , tarikh , masa dan lain -lain 
  • Passport : Pastikan passport anda masih sah iaitu melebihi 6 bulan dari tarikh lawatan
  • Visa : Anda perlu memohon visa bagi negara yang memerlukan, semak di sini http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/318-info-ringkas/168-hal-ehwal-imigresen.html
  • Detail Lawatan : Jangan lupa bawa detail lawatan yang diberi oleh pihak agensi yang lengkap seperti no. telepon tour guide dan alamat serta no. telepon hotel .
  • Kedutaan Malaysia di luar Negara : sangat penting sekira berlaku perkara - perkara yang tidak diingini , anda boleh rujuk dengan kedutaan . catat alamat dan no. telepon kedutaan malaysia di negara yang anda ingin lawati. semak di sini http://www.kln.gov.my/web/guest/mission


Pastikan anda membuat satu salinan untuk semua dokumen2 berkenaan dan simpan salinan dokumen tersebut di beg pakaian supaya dapat dijadikan rujukan sekiranya berlaku apa - apa kehilangan dokuman asal.



2. WANG TUNAI




Sediakan wang tunai yang mencukupi yang boleh anda gunakan di waktu kecemasan. Pastikan wang diletakkan di dalam tempat yang selamat dan elakkan meletak wang yang banyak atau dompet di bahagian yang mudah dicapai penyeluk saku.



3. KAD KREDIT / KAD ATM




Aktifkan Kad Kredit / Kad ATM untuk pengeluaran dan Penggunaan di luar negara. Buat permohonan pada Bank untuk pengaktifan kad sepanjang lawatan anda.



4. SEMAK CUACA 




Sebaik - baiknya anda perlu semak cuaca di negara yang akan lawati sebelum anda membuat pembelian tiket penerbangan terutamanya untuk negara - negara yang mempunyai 4 musim . kerana keadaan cuaca akan mempengaruhi aktiviti perjalanan anda di sana dan pakaian yang sesuai untuk anda bawa . semak di sini http://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/march-weather/226081



5. BEG PAKAIAN DAN PAKAIAN YANG SESUAI. 




Pastikan beg yang anda bawa selesa untuk digunakan dan tidak menyusahkan anda. Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg anda dan jangan lupa kunci. Anda mungkin boleh meletakkan mangga atau ´padlock´ supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab. Anda juga dinasihati membawa pakaian yang berpatutan sahaja supaya beg anda tidak melebihi had bagasi yang telah dibeli. Bawa Pakaian yang sesuai mengikut musim negara yang anda lawati.



6. BEKALAN UBAT - UBATAN




Jangan lupa bawa first aid kit anda yang mengandungi ubat - ubatan basic seperti panadol, vicks, tiger balm, ubat luka , plaster, minyak angin, ubat selsema dan lain - lain lagi terutamanya pil chi kit ta aun (ubat cirit birit  ) kerana takut perut anda tak dapat menerima makanan tempatan negara yang anda lawati. untuk mendapatkan bekalan ubat di farmasi luar negara adalah sangat mahal dan kadang-kadang tak bersesuaian dengan tubuh badan anda.



7. BEKALAN MAKANAN TAMBAHAN




Pihak agensi akan menyediakan makanan mengikut pakej yang dibeli . Kebanyakan makanan adalah makanan tempatan yang halal. Untuk individu yang mempunyai sedikit masalah dengan penerimaan makanan tempatan negara yang anda lawati . anda dinasihati membawa bekalan makanan tambahan sendiri . seperti makanan mee segera , makanan di dalam tin, biskut, 3in1 dan makanan kering yang lain . seelok - eloknya yang mempunyai kod bar dan masih belum dibuka untuk mengelakkan dari tersangkut di pihak kastam.


8. ERATKAN HUBUNGAN DEGAN PEMANDU PELANCONG




Satu kelebihan melancong mengunakan agensi adalah kami menawarkan khidmat pemandu pelancong tempatan, mereka lebih arif dalam selok belok negara mereka dan senang untuk anda berkomunikasi dengan masyarakat tempatan melalui mereka kerana mereka fasih berhasa inggeris atau melayu, atau kater lain mereka adalah penterjemah bahasa anda disana. Mereka juga akan menjaga keselamatan dan keselesaan anda sepanjang lawatan. Anda disarankan sentiasa bertanya dan mendapatkan khidmat nasihat mereka sekira anda ingin melakukan aktiviti luar dari jadual perjalanan yang di tetapkan . selalunya pemandu pelancong adalah seorang yang sangat peramah anda pasti akan selesa dengan mereka.


9. ELAKAN MASALAH KASTAM




Selalunya , apabila kita melawat ke negara syurga shopping seperti Bandung , Ho chi Minh dan lain-lain tempat. Anda dinasihati menyusun barang - barang cendermata anda sebaik mungking terutamanya kain pasang, baju, beg, kasut dll. yang anda mungkin beli dalam kuantiti yang banyak. Mungkin niat anda beli sebagai cenderamata untuk sanak saudara yang ramai, kadang kala di salaherti sebagai barang dagangan.  Disini sedikit tip untuk elakan masalah dengan kastam :



  • Buang semua plastik dan tag harga barang yang anda beli
  • Sekiranya anda membeli barang yang bermanik atau yang mempunyai batu yang berkilauan seperti kain pasang bersama manik atau batu dalam kuantiti yang banyak. anda dinasihatkan agih - agihkan kain pasang itu kepada beg - beg alih keluarga yang lain , kerana manik atau batu - batuan itu akan tentera jelas di mesin scan kastam.